Baru saya sedar yang hari ini adalah 1 Dec 2010..Telah 10 tahun rupanya saya bersama syarikat ini..Mula bekerja dgn syarikat ini pada 1 November 2000. Bila difikirkan semula, agak lama juga saya bertahan di sini. Mungkin kerana saya mmg agak sukar utk menerima perubahan disebabkan selalu berfikiran tidak positif. Bukan sengaja, cuma agak sukar utk saya ketepikan perkara2 seperti:
1. Mcm mana nak pergi kerja di tempat baru?
2. Best ke kawan2 di tempat baru?
3. Ok ke tugasan yg diberikan di tempat baru?
4. Nanti pergi kerja tak sama pula dengan suami :)
Saya sedar yg manusia perlukan perubahan supaya hidup lebih ceria, menyeronokkan..tidak hanya rutin yg lama2 akan menyebabkan kebosanan. Ini pendapat saya, apa pula pendapat anda?
No comments:
Post a Comment