Friday, November 9, 2012

IUI from my perspective

Assalaamualaikum..
Chewah..tajuk mcm gempak kan. Well..dulu2 during my primary school, i punya ambition was to be a doctor..kah kah kah. Bila pikir balik kan, perasan jugak I ni. Dah la penakut, lg perasan nk jadi doktor, hampeh. Tp takpelah kan..cita2 kena tinggi. Last2 jadi accountant (not so accountant coz I am not MIA member.haha).

During my school days, I tak suka akaun. Cikgu akaun pun x suka I sbb I suka day dream but last2 bidang ni gak jadi sumber rezeki. Tula yg dikatakan kita hanya mampu merancang, Allah yg tentukan. Eh, mcm lari topik kan..ok back to the subject..

Actually just nak share info on IUI..saje2 so that boleh la anyone yg tgh ttc & nak tahu pasal IUI dpt sedikit gambaran tp I will not write secara serious, yang tu u can just ask Mr Google. This is more on my experience.
Dah lama jugak I simpan this story, I just do not want to share about my ttc stories. But, feel like I have to share so that I can give some hope to others although myself pun masih lagi belum berjaya. Or maybe others pun boleh share with me your experience.

Honestly, I have had several IUIs. Four times at a medical centre in Subang Jaya & another one at Pantai. At Subang, semua x berjaya, not even conceive. At Pantai, berjaya conceive tau but siapa sangka. Bak kata pepatah melayu, kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Miscarriage after 2 months, after Raya pulak tu...dekat pulak dgn birthday I..itulah hadiah yg paling sadis sekali :(. Memula susah jugak nak terima..anyway, x nak lah ingat citer sedih tu. . Kalau fikir sgt pun buat stress je. Fikiran kita ni terhad, Allah yg lebih tahu, btol tak? Semua yg jadi ada hikmahnye walaupun kita x nampak.

Okla..sambung. Dkt Pantai ni I jumpa Dr Adilah, gynae yg glamour tu, selalu masuk metro kut dlm ruangan bersama pakar. Bila jumpa dia, I mesti kelu (pehal pulak eh?). Tp dia ni lemah lembut, muka nmpk serius sikit tp baik. Dr Adilah ni yg bestnya, byk bagi info, very analytical so tanya je lah kalau ada yg musykil. Dulu lg dah teringin nak jumpa dia, tapi last time she was at Pusrawi KL tuh, jauh plak la nak pi kan. The diff between Dr Adilah's treatment & my earlier gynae tu is that she will do the scanning when doing the IUI. So kita nampaklah kat mana dia nak masukkan sper* tu, lagi dekat dgn the egg follicle, the higher the chance kan.
First time jumpa dia on October 2011, dia tgk semua report  yg I dah ambil from previous gynae. Then kena buat balik HSG. HSG ni is the procedure to x ray your fallopian tube, tgk ada blockage ke tak. Dulu pernah buat tp Dr Adilah minta buat sekali lg, so kenalah buat. So far my experience x sakit la HSG tu..alhamdulillah. Mcm period pain aje. Buat HSG kat Tawakal sbb doktor perempuan & murah according to Dr Adilah. This is another part yg I suka abt Dr Adilah, she will inform about the cost..kat mana yg murah. So up to you to decide.

So after HSG, Dr Adilah advise me to go for laparoscopy (laps) to check what happen inside. Dlm wikipedia..laps means - In gynecology, diagnostic laparoscopy may be used to inspect the outside of the uterus, ovaries and fallopian tubes, for example in the diagnosis female infertility.
Being not the brave type, I decided to think about it first (alasan pdhal takut).

I only came back in June 2012, after taking clomid for 5 days with a decision; to go for IUI. I only took 1 pill per day. Dr Adilah kata, patutnya ambil 2 pills for more egg follicles & bigger chance to conceive. On 5th July,  we did our first IUI with Dr Adilah. Two weeks after that, I did a blood test & confirmed pregnant. We were so shocked but tersangatlah happy. And lepas tu saje2 buat UPT, tapi frust sebab negative..too early. Saje cari pasal kan. Second time UPT baru positive. Mestilah nak buat UPT kan coz before ni kalau buat UPT negative manjang, so nk merasa tgk positive dgn 2 lines itu.

So selepas bulan pose & beraya dgn gumbiranya, next appointment, still x nampak baby, only the sac aje. Bila jumpa & tgk muka Dr masa lepas raya tu, I mcm dah x sedap hati. I knew something was not right. So I have to again did blood test as adviced by Dr Adilah..every day for 3 days. Guess what, the reading - beta HCG was going down. When Dr Adilah's nurse called me to inform.."confirmlah dah tak ada"..I pun pasrah aje tp muka macho la kan coz masa tu kat office. Balik umah je, terus berendam air mata. Dlm seminggu jugaklah..huhu. Rasa mcm x nak pi keje je.

I did asked why the miscarriage happen since there was no bleeding or whatsoever. Dr Adilah bgtau this thing happens. I am just not the lucky one. Or belum rezeki lagi lah tu. Kes I ni dipanggil blighted ovum, meaning ada sac aje tp baby tak ada. So Dr Adilah refer my case to Dr Idora since she will not do any D&C. Nurse tu advise jumpa Dr Idora bila dah bleeding. So I pun tunggulah, sempatlah pi open house & makan bagai nak rak. Memula I was thinking mcm nak lepak kat umah je melayan kesedihan but I don't think it was a good idea coz, bila kat umah je sedih, bila sedih je nangis, then mula la nk salahkan takdir etc (astaghfirullah).
Tu yg I tak suka. Malas dah nk sedih coz life goes on, menangis air mata darah pun x dpt berikan apa yg dah hilang tu...ye dak?

After my miscarriage, I bukannya pantang sgt pun..about 2 weeks je kot I control lps tu I belasah je..hehe. Oh ye..I tak buat D&C coz naturally dah keluar. Dr Idora kata dah clear so x perlu. Dr Idora ni pun baik juga, sentiasa tersenyum manis walaupun patient beratur panjang. Muka patient je yg kerut2 (muka I sebenarnya..hehe)

Itu jelah ceritanya...maybe I akan sambung lagi treatment dgn Dr Adilah. Hope nya kami akan berjaya Insya Allah. Kalau boleh, dh malas nak tukar gynae, dah byk kali kot tukar gynae..buang masa. Lgpun Dr Adilah hanya ambil patient yg nak buat treatment so taklah beratur dgn org lain yg pregnant normal kan. Kalau  tak, beratur panjang la jawabnye. Dah le tu, asik tgk org pregnant wat check up jek plak kan, lagi tension...haha. Lagi tension pulak bila patient yg pregnant, bawak pulak the whole family nak tgk scan i.e. mak, pak, datuk, nenek, adik beradik, ipar duai. So tunggulah ko yg kat luar tu ye.

Eh! eh! Sorry lah kalau ada yg terasa pulak, not my intention, cuma nk luahkan what I usually felt when I face that situation :).

Okla...harapnya ada rezeki for me lepas ni, pray for me please..love u all..












3 comments:

  1. Insya-Allah kak. It's just not the time yet kut. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita semua kan...bersabar dan terus berdoa, dan berdoa ya....doaku sentiasa bersamamu...:P

    ReplyDelete
  2. RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


    blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    sms: 0122429082 (puan nor)
    email: lovidoobidoo@gmail.com

    ReplyDelete