Tuesday, June 11, 2013

IVF - Before OPU


Assalaamualaikum..

Semalam pergi scan lagi. Wknd hari tu ada gak rasa kembung yg x boleh pakai jeans..huhu. Dr check masa tu & confirm OPU will be on Wednesday which is tomorrow!! Please pray for me ya kengkawan. Hope everything will go on smoothly…Ameen.

Pehtu kan ingatkan ari isnin x payah inject dah rupanya kena jugak. Cetrotide on 12.30 noon. Suprefact on 1.30 am…pergh. So mlm tadi saya x tidur la kan sbb takut terlajak plak nak inject tu. Am pun konon x nak tido tp hmmm. So saya pun marathon la cite ‘Teduhan Kasih’ sampai termimpi2.

Pehtu kol 1 dah habis marathon, mata pun ngantuk, sib baik Am bangun. So bila tgk saya dah tertido, dia plak x berani nak tido, sat gi terlajak, naya. Saya tido dgn bestnye, masa Am kejut nak inject pun mcm mamai je.

Pagi tadi masa nk pi kerja rasa perut x selesa mcm senak sgt pehtu mcm angin pehtu rasa nk muntah pun ada. Alamak, jgn laa jadi ape2 plak nak pi keje. Masa kat opis tadi pun sama tp lama2 dia mcm kurang…Alhamdulillah..lega. Tadi pagi x boleh concentrate dgn keje, rasa nk baring je supaya x senak perut.

So hari ni x de injection..lega tp kena makan ubat:

8.00 am 1 biji antibiok vibramycin

8.00 pm 1 biji antibiok vibramycin + 2 biji dulcolax utk clearkan perut. Tak boleh makan dah waktu ni, Dr soh dinner awal dlm kol 6.30 camtu. So after pukul 8.00 x leh makan tp boleh minum air putih jek (air yg x berkeladak. Mcm milo, susu sumer x leh. Kalau sirap still boleh)

12.30pm – no food & drink at all sampailah waktu procedure which is scheduled on 12.30 noon Wednesday.

Iskh..tatuttt..Semoga Allah permudah kan..ameen.

No comments:

Post a Comment